Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
SIARAN AKHBAR MAJLIS TADARUS AL-QUR’AN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA BAGI TAHUN 1443H/2022M ANJURAN JABATAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN DAN JABATAN KEMAJUAN, JABATAN KERJA RAYA

Bandar Seri Begawan, 12 April 2022 Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Qur’an Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bertempat di Masjid Kampong Mentiri, Jalan Kota Batu pada hari Selasa, 10 Ramadhan bersamaan 12 April 2022. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. 

Majlis tersebut dimulakan dengan penyampaian wakaf berupa 1 unit vacuum, 1 unit pengesan suhu badan, 1 unit A3 printer, 30 rehal Qur’an dan 30 helai sejadah sandar kepada Ketua Imam Masjid Kampong Mentiri, Yang Mulia, Imam Haji Sanip bin Hj Nasar. 

Majlis Tadarus Al-Quran diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an secara bergilir-gilir yang dimulakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan diikuti oleh Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan. 

Majlis disusuli dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Kampong Mentiri, Yang Mulia, Imam Haji Sanip bin Haji Nasar. 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia, Ir. Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. 

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pentadbiran dan Kewangan dan Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya ini adalah antara aktiviti keugamaan Kementerian Pembangunan yang disusun di sepanjang bulan Ramadhan. 


jpeg1.jpeg jpeg2.jpeg jpeg3.jpeg jpeg4.jpeg jpeg5.jpeg

Disediakan oleh 

Unit Perhubungan Awam 

Jabatan Kerja Raya 

Kementerian Pembangunan 

Negara Brunei Darussalam

Attachments