Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
SIARAN AKHBAR MAJLIS SEMPENA MEMPERINGATI NUZUL AL-QUR’AN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA BAGI TAHUN 1443H/2022M ANJURAN JABATAN SALIRAN DAN PEMBETUNGAN DAN JABATAN PERKHIDMATAN AIR, JABATAN KERJA RAYA

Bandar Seri Begawan, 23 April 2022 Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dan memperingati peristiwa turunnya ayat-ayat suci Al-Qur’an sebagai wahyu Allah Subhanahu Wata’ala kepada Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam, Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya petang tadi mengadakan majlis sempena memperingati peristiwa berkenaan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Pemangku Menteri Pembangunan. 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an oleh Yang Mulia Dayang Ratinah binti Hidup, Johan Qariah Musabawah Tilawatil Qur’an Kementerian Pembangunan bagi Tahun 1440H/ 2019M. 

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian ceramah khas sempena Nuzul Al-Qur’an bertajuk “Berkat kan tu?” yang disampaikan oleh Yang Mulia Cikgu Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafur, Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. 

Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Anuar bin Hj Bahar, Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pembangunan. 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. 

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan dan Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya ini adalah antara aktiviti keugamaan Kementerian Pembangunan yang disusun di sepanjang bulan Ramadhan.

NuzulMOD2022 1.JPG NuzulMOD2022 2.JPG

Disediakan oleh 

Unit Perhubungan Awam, Jabatan Kerja Raya 

Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam

Attachments