Bandar Seri Begawan, 23 April 2022
Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dan memperingati peristiwa turunnya ayat-ayat suci
Al-Qur’an sebagai wahyu Allah Subhanahu Wata’ala kepada Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi
Wasallam, Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya petang tadi
mengadakan majlis sempena memperingati peristiwa berkenaan di Dewan Betabur,
Kementerian Pembangunan. Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka
Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Pemangku Menteri Pembangunan.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an oleh Yang Mulia Dayang Ratinah binti
Hidup, Johan Qariah Musabawah Tilawatil Qur’an Kementerian Pembangunan bagi Tahun
1440H/ 2019M.
Majlis diserikan lagi dengan penyampaian ceramah khas sempena Nuzul Al-Qur’an bertajuk
“Berkat kan tu?” yang disampaikan oleh Yang Mulia Cikgu Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafur,
Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Anuar bin
Hj Bahar, Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pembangunan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh,
Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian
Pembangunan; Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim, Pemangku Ketua
Pengarah Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan
kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
Majlis yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan dan Jabatan
Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya ini adalah antara aktiviti keugamaan Kementerian
Pembangunan yang disusun di sepanjang bulan Ramadhan.
Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam, Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam