Bandar Seri Begawan, 28 April 2022
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Pembangunan
dan Jabatan-Jabatan dibawahnya mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an bertempat di Masjid
Kampong Kilanas pada petang ini. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang
Berhormat Dato Seri Setia Ir Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.
Majlis Khatam Al-Qur’an bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya
dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri
Pembangunan. Majlis kelolaan bersama Jabatan Pentadbiran dan Kewangan dan Jabatan
Kemajuan, Jabatan Kerja Raya ini menandakan berakhirnya pembacaan Al-Qur’an 30 Juzuk di
bulan Ramadhan oleh warga-warga Kementerian Pembangunan.
Majlis seterusnya diikuti dengan bacaan doa Khatam Al-Qur’an dibacakan oleh Yang Mulia Imam
Muhammad Fahmie bin Haji Awang Metussin, Imam Masjid Kg. Kilanas. Bagi mengakhiri majlis
tersebut, bacaan tahlil dibacakan beramai-ramai.
Terdahulu, majlis tersebut dimulai dengan solat fardhu Zuhor berjemaah dan diikuti dengan solat
sunat hajat dan doa kesyukuran sempena Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan Di
Tempat Kerja atau “World Day for Safety and Health at Work” yang disambut pada 28 April setiap
tahun khususnya bagi semua warga kerja yang terlibat dalam industri pembinaan di negara ini.
Bagi memberkati majlis tersebut, doa kesyukuran dibacakan oleh Yang Mulia Mohd Redzuan bin
Haji Marjuki, Pegawai Hal Ehwal Masjid Kg. Kilanas.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang
Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan
dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin
Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub,
Pemangku Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian
Pembangunan; Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap
(Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Ir. Awang Haji Salleh
bin Haji Abd Karim, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Presiden PUJA; Pegawai Pemerintah
Cawangan Operasi ‘A’, Jabatan Bomba dan Penyelamat, wakil dari Kementerian Kesihatan,
Jabatan Buruh dan Kementerian Pendidikan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ketua-Ketua
Jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan
Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Acara-acara keagamaan yang disusun pada bulan Ramadhan adalah merupakan antara aktiviti
Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang bertujuan untuk
mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian disamping bagi samasama mendapatkan ganjaran pahala dan keberkatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala disepanjang
bulan yang mulia ini.

Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam, Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam