Bandar Seri Begawan, 17 September 2022
Seramai 77 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya telah menghadiri taklimat mengenai pencegahan rasuah yang dikendalikan oleh Bahagian Perkembangan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya, yang diadakan pada 17 Septmber 2022 di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.
Taklimat yang berobjektifkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan rasuah dari segi sebab dan implikasinya telah disampaikan oleh pegawai daripada Biro Mencegah Rasuah.
Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam