Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS DIKIR MAULUD SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1447 HIJRAH | 2025 MASIHI
Hari Rabu, 04 Rabiulawal 1447H bersamaan 27 Ogos 2025M

Yang Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, hadir selaku ketua rombongan Kementerian Pembangunan bagi Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1447 Hijrah bersamaan 2025 Masihi, bertempat di Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah.

Majlis yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah dan dikendalikan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian ini dan bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dalam menyebarkan syiar Islam serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan Kementerian.

Majlis dimulai selepas menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dengan bacaan Wirid dan Surah Al-Fatihah beramai-ramai. Majlis diteruskan dengan Dikir Assalamualaika disusuli dengan Dikir Syarafil ‘Anam dan seterusnya Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah.

Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban serta Doa Dikir dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Rombongan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya juga akan meneruskan majlis seumpama ini di beberapa masjid yang terpilih di seluruh negara bagi sama-sama memakmurkan dan mengimarahkan masjid di samping memperbanyakkan dikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
IMG_5697.jpg IMG_5644.jpg

-TAMAT-

Disediakan dan dikeluarkan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Kementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam


Attachments