Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
SIARAN AKHBAR MAJLIS MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN

SIARAN AKHBAR

MAJLIS MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA

SEMPENA SAMBUTAN ISRA' dan MI'RAJ TAHUN 1438H / 2017M


Pada 27 April 2017, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya, sempena Sambutan Isra' Mi'raj  yang mana telah dikelolakan oleh Jabatan Jalan Raya (DOR), Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan (MODTC), Kementerian Pembangunan.

Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Pemangku Menteri Pembangunan selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Lutfi Bin Haji Abdullah, Setiausaha Tetap (Pentadbiran Dan Kewangan), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria, Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Majlis ini antara lain diadakan bagi:

  • Memperingati Sambutan Is'ra Miraj tahun 1438H.
  • Mengalakkan supaya akan terus mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran
  • Bagi mengalakkan para peserta untuk sentiasa mengamalkan bacaan Al-quran supaya menjadi amalan harian dan beroleh berkat kepada Allah S.W.T 
  • Menambah keyakinan kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan, khususnya Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. 
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Seramai lapan peserta mengikuti pertandingan tersebut di peringkat saringan bagi kategori lelaki yang mana telah diadakan pada 20 April 2017 dan 3 orang peserta perempuan terus ke Peringkat Akhir di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya dan hanya tiga orang peserta lelaki dan tiga orang peserta perempuan sahaja yang layak memasuki ke Peringkat Akhir iaitu:
 
Tiga (3) Orang Peserta Lelaki:

  1. Yang Mulia, Awang Haji Eddy Huzaimi bin Haji mat Yassin, Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR
  2. Yang Mulia, Awang Mohammad Yusrin in Daud, Jabatan Ukur 
  3. Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Pengarah Haji Basi, Jabatan Perkhidmatan Bangunan, JKR

Tiga (3) Orang Peserta Perempuan:

  1. Yang Mulia, Dayang Ratinah binti Haji Hidup, Jabatan Ukur 
  2. Yang Mulia, Dayang Siti Nurul FA'izah binti Awang Hamdan, Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, JKR 
  3. Yang Mulia, Dayang Masurai binti Haji Mansor, Jabatan Jalan Raya, JKR

Majlis ini juga diserikan dengan ceramah keugamaan Sempena Sambutan Is'ra Mi'raj bagi Tahun 1438H yang bertajuk " Iman Teguh, Aqidah Kukuh" disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Dyg Norhayati bte Hj Abd Rahman.

 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam

Jabatan Kerja Raya

Kementerian Pembangunan



Attachments