Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatest News

  
Description
Front image
  
​Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Sempena Sambutan Isra’ dan Mi’raj bertempat di Dewan
Indera Pahlawan, Bangunan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), pada pagi ini.


isra' mi'raj.JPG


  

Bandar Seri Begawan, Rabu, 29 November 2023​M

Majlis Penyampaian Sijil dan Surat Lantikan Fire Marshal bagi Pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya telah diadakan pada hari Rabu, 29 November 2023 di Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya. Penyampaian sijil ini disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya selaku Tetamu Kehormat majlis.

Website-FM.jpeg

  
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 30 Jun 2023M

Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Jalan Raya dan Jabatan Perkhidmatan Teknikal pada sebelah petang hari ini bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.


WA2.jpeg

  

​Bandar Seri Begawan, Isnin, 12hb Jun 2023M 

Jabatan Kerja Raya melalui Jabatan Pentadbiran dan Kewangan telah mengadakan Majlis Perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2023 (MKK 2023), Jabatan Kerja Raya pada pagi ini di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

MKK23.jpg

  

​​Selasa, 10 Zulkaedah 1444H | 30hb Mei 2023M 

Bandar Seri Begawan 


Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan pada hari Selasa, 30 Mei 2023. 


Haji01.jpg

  
Isnin, 27 Sya’ban 1444H | 20hb Mac 2022M
Bandar Seri Begawan

Majlis Penandatangan Kontrak bagi Projek Pembinaan Jejambat Di Persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong/ Penempatan Tapak Industri Tanjung Kajar dihadiri oleh Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahandan Profesional), Kementerian Pembangunan selaku Tetamu Kehormat Majlis pada sebelah petang hari ini.


pic 1.JPG

  
Sabtu, 19 Rabiulawal 1444H | 15 Oktober 2022M
Bandar Seri Begawan

 
Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan pada sebelah pagi hari ini. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd Rashid, Menteri Pembangunan.




 

Maulud 201022.JPG

  
​Sabtu, 05 Rabiulawal 1444H | 01 Oktober 2022M
Bandar Seri Begawan

Majlis Penyampaian Sijil dan Surat Lantikan Fire Marshal bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Ir. Awang Norazmi bin Othman, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya selaku Tetamu Kehormat di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Jalan Landasan Lama, Berakas pada pagi tadi.



IMG_0256.JPG

  

Bandar Seri Begawan, 17 September 2022

Seramai 77 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya telah menghadiri taklimat mengenai pencegahan rasuah yang dikendalikan oleh Bahagian Perkembangan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya, yang diadakan pada 17 Septmber 2022 di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.


bpr.jpeg

  

Bandar Seri Begawan, 08 September 2022

Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya telah menghadiri taklimat mengenai Digital Supervision Manual (QSM) yang dikendalikan oleh Unit Komputer dan IT, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya, pada 08 September 2022 lalu di Bilik Mesyuarat Anggerek, Pejabat Ketua Pengarah, ibu pejabat Jabatan Kerja Raya.


Qsm1.JPG

  

​Bandar Seri Begawan, 28 April 2022 Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an bertempat di Masjid Kampong Kilanas pada petang ini. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

khatam2.jpeg

  

​Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dan memperingati peristiwa turunnya ayat-ayat suci Al-Qur’an sebagai wahyu Allah Subhanahu Wata’ala kepada Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam, Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya

NuzulMOD2022 1.JPG

  

​Bandar Seri Begawan, 12 April 2022 Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Qur’an Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bertempat di Masjid Kampong Mentiri, Jalan Kota Batu pada hari Selasa, 10 Ramadhan bersamaan 12 April 2022. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

jpeg1.jpeg

  

​Bersempena sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021 (MKK 2021), Jabatan Kerja Raya telah mengadakan kempen kebersihan secara menyeluruh di persekitaran bangunan ibu pejabat Jabatan Kerja Raya, Jalan Landasan Lama, Berakas dan turut disertai secara serentak oleh Jabatan-Jabatan di bawahnya juga di persekitaran tempat kerja masing-masing. Kempen ini telah diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Amir Azman Bin POKPS DP Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, selaku Pengerusi Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021 (MKK 2021), Jabatan Kerja Raya.

gambar senaman.JPG

  

​Projek "The Pedestrianisation of Jalan Roberts and Adjacent Alleyways" adalah satu inisiatif dibawah kelolaan Jabatan Bandaran, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan dalam usaha bagi mencantikkan kawasan Bandar Seri Begawan. Projek tersebut memperlihatkan pelbagai jenis seni lukisan yang diserikan lagi dengan bermacam-macam corak warna di sepanjang Jalan Roberts.

Projek 1.jpg

  

Selasa, 24 Rabiulawal 1442H bersamaan 10 November 2020M
Pada 10 November 2020, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja
Raya mengadakan Majlis Ceramah Khas bersempena Sambutan Maulud Nabi
Muhammad S.A.W, yang dikendalikan oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan
dan Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya pada sebelah petang hari
ini bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.


Maulud.JPG

  


Bandar Seri Begawan, Isnin, 12 Oktober 2020

Yang Berhormat, Dato Seri Setia Ir. Awang Hj Suhaimi bin Hj Gafar, Menteri Pembangunan, hari ini telah membuat lawatan kerja ke beberapa buah tapak projek yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan di Daerah Belait.


IMG_0337.JPG

  
Bandar Seri Begawan, Khamis, 09 Julai 2020

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan hadir di Majlis Menandatangani Perjanjian Perlantikan Konsultan sebagai tetamu kehormat majlis.


Konsultan 9.07.2020.JPG

  

​Bandar Seri Begawan, Khamis, 02 Julai 2020

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan hadir di Majlis Penandatanganan Persetujuan Bagi Perlantikan Konsultan sebagai tetamu kehormat majlis.

Konsultan 2.07.2020.JPG

  

Jumaat, 30 Syaaban 1441 bersamaan 24 April 2020 – Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Penyerahan Kunci dan Perasmian Bangunan Pusat Pengasingan Kebangsaan Baru, Tutong pada pagi ini.

Penyerahan Kunci.JPG

  

Bandar Seri Begawan, 31 Disember 2019, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengguna jalan raya mengenai pembukaan jalan baru yang menghubungkan Sekolah Arab Rimba yang bermula dari pusing keliling Kampong Rimba.

Arab.PNG

  

08 Disember 2019, Bandar Seri Begawan, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya buat julung kalinya telah mengadakan Kejohanan Golf Amal 4 Penjuru Kementerian Pembangunan, yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya bertempat di RBA Golf Club.

GOLF2.JPG

  

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 11 Oktober 2019

Projek Jambatan Temburong hari ini mencatatkan satu lagi pencapaian khususnya bagi Kontrak Pakej CC3 – Jambatan Navigasi dimana pagi tadi telah berlangsung pemasangan Lambang Menara di atas menara pertama bagi Projek Jambatan Temburong.

INFODEPT02-11.JPG

  

​Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan inginmemaklumkan kepada orang ramai bahawa kerja-kerja pembaikan paip bocor di kawasan Kg. Beribi berhampiran dengan bangunan Jabatan Pengangkutan Darat telah selesai dilaksanakan pada jam 12.20 tengahari tadi.

paip.jpg

  

Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, sempena sambutan Isra' dan Mi'raj yang mana dikelolakan bersama oleh Jabatan Pentadbiran & Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal, Jabatan Kerja Raya di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Nil

  

Sabtu, 11 Ogos 2018, Yang Mulia Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan, hadir selaku Tetamu Kehormat majlis bagi Majlis Pembukaan Kejohanan Bola Sepak 11 Orang Sepasukan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi tahun 2018 bertempat di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

IMG_0392.JPG

  

​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penamaan bagi Empangan Ulu Tutong semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-72 Tahun bagi Tahun 2018.

IMG-20180724-WA0011.jpg

  

​Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Kementerian Pembangunan selaku Tetamu Kehormat majlis hari ini, telah menyempurnakan pembukaan jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Dermaga Diraja dan Jalan Residency. 

residency pedestrian bridge (1).JPG