Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS PEMBUKAAN KEJOHANAN BOLASEPAK 11 ORANG SEPASUKAN

SIARAN AKHBAR

MAJLIS PEMBUKAAN KEJOHANAN BOLASEPAK 11 ORANG SEPASUKAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA

BAGI TAHUN 2018

Sabtu, 11 Ogos 2018, Yang Mulia Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan, hadir selaku Tetamu Kehormat majlis bagi Majlis Pembukaan Kejohanan Bola Sepak 11 Orang Sepasukan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi tahun 2018 bertempat di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Kejohanan kali ini, yang bermula pada 11 Ogos 2018, dianjurkan oleh Jabatan Saliran & Pembetungan bersama Jabatan Pentadbiran & Kewangan, Jabatan Kerja Raya, disertai oleh 12 buah pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A:

  • Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, JKR
  • Jabatan Kemajuan Perumahan
  • Jabatan Tanah
  • Jabatan Perkhidmatan Air, JKR
  • Jabatan Perkhidmatan Bangunan, JKR
  • Pejabat Ketua Pengarah dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR

Manakala Kumpulan B:

  • Jabatan Ukur
  • Jabatan Kerja Raya Daerah Belait dan Tutong
  • Jabatan Perancang Bandar dan Desa
  • Kementerian Pembangunan
  • Jabatan Saliran dan Pembetungan, JKR
  • Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR

Adapun objektif kejohanan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. Selain itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi kecerdasan mental dan fizikal, memupuk sikap bekerjasama, berkomunikasi dan semangat berpasukan di antara para pegawai dan kakitangan.

Melalui kejohanan ini juga akan dapat membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan, mencungkil bakat baru yang dapat diketengahkan bagi kejohanan-kejohanan bolasepak di peringkat Jabatan dan Kementerian.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awg Hj Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Hj Zakaria, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Dr Nor Imtihan Binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan kerajaan daripada Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam,

Jabatan Kerja Raya


Attachments