Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR MAJLIS MUSABAQAH TILAWAH ALQURAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA SEMPENA SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ BAGI TAHUN 1440H/2019M ANJURAN JABATAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN DAN JABATAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, sempena sambutan Isra' dan Mi'raj yang mana dikelolakan bersama oleh Jabatan Pentadbiran & Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal, Jabatan Kerja Raya di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan hadir selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Ir Awang Haji Amer Hishamuddin Bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Dayang Lim Sui Kau Alice, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya dan para pegawai serta kakitangan di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Objektif utama mengadakan acara ini adalah untuk memperingati Sambutan Is'ra Miraj tahun 1440H, menggalakkan mempelajari dan menguasai Al-Quran, supaya pegawai pegawai dan kakitangan Kerajaan, khususnya dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan Jabatan dibawahnya, sentiasa mengamalkan membaca  Al-Quran supaya menjadi amalan harian dan beroleh berkat daripada Allah S.W.T. Majlis tersebut juga mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Seramai 8 orang peserta qari dan 8 orang peserta qariah menyertai pertandingan tersebut di peringkat saringan yang telah diadakan pada 01 April 2019, yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya. Hanya 3 orang qari dan 3 orang qariah sahaja yang berjaya melayakkan diri untuk memasuki ke Peringkat Akhir.

Johan qari bagi Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya sempena Sambutan Isra' dan Mi'raj 1440H / 2019M ialah:

  1. Johan – Haji Muhammad Khairul Hafizuddin bin Haji Shamsudin
  2. Naib Johan – Haji Mohd Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin
  3. Tempat ketiga – Mohamad Yusrin bin Daud

Manakala johan qariah bagi Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya sempena sambutan Isra' dan Mi'raj 1440H / 2019M ialah:

  1. Johan – Ratinah binti Hidup
  2. Naib Johan – Soffina binti Ali Hassan
  3. Tempat ketiga – Norsahlina binti Md Shah Redzuan

Majlis ini juga turut diserikan dengan ceramah keugamaan sempena Sambutan Is'ra Mi'raj bagi Tahun 1440H yang disampaikan oleh Dr H Harapandi Dahri, dari KUPUSB.

 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam

Jabatan Kerja Raya

Kementerian Pembangunan

Attachments