Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR JALAN BARU MENGHUBUNGKAN SEK. ARAB RIMBA MULA DIBUKA 01 JANUARI 2020

Bandar Seri Begawan, 31 Disember 2019, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengguna jalan raya mengenai pembukaan jalan baru yang menghubungkan Sekolah Arab Rimba yang bermula dari pusing keliling Kampong Rimba.

Pembukaan jalan tersebut akan mula dibukakan kepada orang ramai pada 01 Januari 2020 (sila rujuk pelan jalan baru).

Arab.PNG

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan ingin mengingatkan kepada pengguna- pengguna jalan raya khususnya yang tinggal berhampiran di kawasan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan sekolah berkenaan disamping mematuhi papan tanda jalan raya dan papan tanda keselamatan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak Jabatan ini melalui Talian Darussalam:123/Livechat +6738333123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan Email:pro@pwd.gov.bn.

Unit Perhubungan Awam 

Jabatan Kerja Raya 

Kementerian Pembangunan 

Negara Brunei Darussalam

Attachments