Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERLANTIKAN KONSULTAN (AGREEMENT FIR THE APPOINTMENT OF CONSULTAN) BAGI PROJEK-PROJEK JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
Bandar Seri Begawan, Khamis, 09 Julai 2020

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan hadir di Majlis Menandatangani Perjanjian Perlantikan Konsultan sebagai tetamu kehormat majlis.

Seramai sebelas (11) konsultan telah dilantik bagi projek-projek (Projek RKN 11) dibawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan:

1. Konsultan : Peter Perunding Sdn Bhd
Nama Projek : Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Gadong Fasa 2,Pintu Malim dan Stesen-Stesen Pengepam Pembetungan

2. Konsultan : Bolton Hennessey Sdn Bhd
Nama Projek : Pembinaan Jejambat Di Lebuhraya Muara-Tutong /Persimpangan Perumahan Kg Lugu

3. Konsultan : Othman & Associates Consulting Engineers
Nama Projek : Menaiktaraf Loji Rawatan Agis-Agis, Daerah Belait

4. Konsultan : Othman & Associates Consulting Engineers
Nama Projek : Mengganti / Memindah Paip-Paip Utama Yang Lama Bagi Semua Daerah – Paip Utama Jalan Ban, Jalan Tutong, Daerah Brunei dan Muara

5. Konsultan : Jurutera Tempatan
Nama Projek : Mengganti / Memindah Paip-Paip Utama Yang Lama Bagi Semua Daerah – Paip Utama (inlet) ke Tangki Melabau, Daerah Brunei dan Muara

6. Konsultan : Arkitek Haza
Nama Projek : Pelan Induk Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

7. Konsultan : Sepakat Setia Perunding (B) Sdn Bhd
Nama Projek : Pelan Induk Akademi Pasukan Polis

8. Konsultan : Arkitek Urusreka
Nama Projek : UTB Phase 4 – School of Applied Sciences and Mathematics

9. Konsultan : Adwan and Associates
Nama Projek : UTB Phase 4 – School of Applied Sciences and Mathematics

10. Konsultan : Sepakat Setia Perunding (B) Sdn Bhd
Nama Projek : UTB Phase 4 – School of Applied Sciences and Mathematics

11. Konsultan : Hanafi Konsaltan
Nama Projek : UTB Phase 4 – School of Applied Sciences and Mathematics

Penandatanganan persetujuan perlantikan konsultan berkenaan telah ditandatangani oleh Yang Mulia Ir Awang Haji Amer Hishamuddin Bin POKAP DSS Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, dan wakil konslatan. Kesemua penandatanganan berkenaan disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Majlis berkenaan diakhiri dengan sesi penyerahan dokumen perlantikan konsaltan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Dr Nor Imtihan Binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembanguan; Yang Mulia Ir Awang Haji Amer Hishamuddin Bin POKAP DSS Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Ir Dayang Lim Sui Kau Alice, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam


Attachments