Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR KEMPEN KEBERSIHAN SEMPENA MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN 2021 JABATAN KERJA RAYA

Bandar Seri Begawan, Khamis 10 Jun 2021

Bersempena sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021 (MKK 2021), Jabatan Kerja Raya telah mengadakan kempen kebersihan secara menyeluruh di persekitaran bangunan ibu pejabat Jabatan Kerja Raya, Jalan Landasan Lama, Berakas dan turut disertai secara serentak oleh Jabatan-Jabatan di bawahnya juga di persekitaran tempat kerja masing-masing. Kempen ini telah diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Amir Azman Bin POKPS DP Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, selaku Pengerusi Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2021 (MKK 2021), Jabatan Kerja Raya.

Kempen kebersihan ini merupakan antara program yang telah dirancang sepanjang MKK 2021, Jabatan Kerja Raya yang bermula pada Isnin, 07 Jun 2021 yang lalu. Tujuan utama kempen kebersihan ini adalah untuk memupuk budaya kerjasama di kalangan warga Jabatan Kerja Raya dalam memelihara persekitaran tempat kerja yang bersih sihat dan selamat. Selain itu, kempen ini juga dapat menyemai rasa tanggungjawab dalam diri warga kerja demi kepentingan menjaga kebersihan di tempat kerja atau pejabat termasuk lah di rumah masing-masing.

Disamping itu, kempen kebersihan ini juga merupakan salah satu inisiatif dan sokongan padu warga Jabatan Kerja Raya terhadap slogan “It Takes a Nation to Make Brunei Environment Clean” dan juga untuk mencapai Persekitaran Lestari bagi mendokong Wawasan Brunei 2035.

Kempen kebersihan tersebut dimulakan dengan sesi warming up. Kempen kebersihan ini juga turut diadakan di bangunan dan persekitaran tempat kerja di bawah Jabatan Kerja Raya selain di ibu pejabat.

Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam


Attachments