Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN SURAT LANTIKAN FIRE MARSHAL BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN KERJA RAYA 2022

Sabtu, 05 Rabiulawal 1444H | 01 Oktober 2022M
Bandar Seri Begawan

Majlis Penyampaian Sijil dan Surat Lantikan Fire Marshal bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Ir. Awang Norazmi bin Othman, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya selaku Tetamu Kehormat di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Jalan Landasan Lama, Berakas pada pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Yang Mulia Awang Haji Amir Azman bin POKPSDP Haji Abd Rahman, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya. Beliau menekankan tujuan utama kursus Fire Marshal bagi pegawai dan kakitangan antaranya adalah untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan pencegahan kebakaran di tempat kerja serta memahami tugas dan tanggungjawab seorang Fire Marshal. Melalui kursus tersebut, para pegawai dan kakitangan akan lebih bersedia untuk bertindak dengan cara yang selamat dan teratur jika berlaku sebarang kecemasan atau kebakaran di bangunan atau premis di bawah Jabatan Kerja Raya.

Sebagai pengongsian maklumat di majlis berkenaan, satu sesi taklimat mengenai Kepentingan Percegahan Kebakaran di Tempat Kerja juga telah disampaikan oleh Yang Mulia, Pengiran Azizul Rahman bin Pg Hj Yussop, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi-C, Jabatan Bomba dan Penyelamat. Seramai 61 orang peserta yang terdiri dari warga Jabatan Kerja Raya telah menamatkan kursus Fire Marshal yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat baru-baru ini, di mana dua (02) sesi telah diuruskan oleh Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan pada bulan Jun dan Ogos yang lalu, manakala satu (01) sesi dijalankan pada bulan September khusus untuk pegawai dan kakitangan yang bertugas di Pejabat Autoriti Jambatan Brunei (Brunei Bridge Authority).

Majlis tersebut diselajurkan dengan perlantikan para peserta sebagai Fire Marshal untuk tempoh empat (04) tahun sepertimana yang diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kerja Raya. Dengan adanya lantikan ini, Jabatan Kerja Raya akan mempunyai satu pasukan bertindak atau Emergency Response Team (ERT) bagi membantu dalam aspek pencegahan kebakaran serta bersedia untuk bertindak jika berlaku kebakaran atau kecemasan di tempat kerja masing-masing di bawah Jabatan Kerja Raya.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia, Pengiran Azizul Rahman bin Pg Haji
Yussop, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi-C, Jabatan Bomba dan Penyelamat;
Ketua-Ketua Jabatan Kerja Raya, jemputan-jemputan khas, pegawai-pegawai dan
kakitangan Jabatan Kerja Raya.

Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan
pro@pwd.gov.bn
Rujukan: 03/PR/JKR/22/DAF




Attachments