Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS PENANDATANGANAN KONTRAK BAGI PROJEK PEMBINAAN JEJAMBAT DI PERSIMPANGAN LEBUHRAYA MUARA-TUTONG / PENEMPATAN TAPAK INDUSTRI TANJUNG KAJAR.
​Isnin, 27 Sya’ban 1444H | 20hb Mac 2022M
Bandar Seri Begawan

Majlis Penandatangan Kontrak bagi Projek Pembinaan Jejambat Di Persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong/ Penempatan Tapak Industri Tanjung Kajar dihadiri oleh Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan selaku Tetamu Kehormat Majlis pada sebelah petang hari ini.

Keterangan projek yang ditandatangani adalah seperti berikut:-

Nama projek : Pembinaan Jejambat Di Persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong /Penempatan Tapak Industri Tanjung Kajar (Retender)

Kontraktor : Surati Construction Sdn. Bhd.

Harga Kontrak : B$15,218,818.00

Tempoh Projek : 18 bulan

Sebagai strategi peneraju wawasan, projek ini merupakan salah satu usaha berterusan dan yang berdaya tahan dalam memastikan penyediaan dan penyelenggaraan rangkaian aset jalan raya yang efisien dan selamat untuk digunakan. Pembinaan jejambat di persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong dan Jalan Utama Tanah Jambu ini juga dihasrat dapat mendokong perkembangan aktiviti perindustrian dengan menyediakan laluan yang lebih efisien bagi pengangkutan bahan-bahan perindustrian.

Penandatanganan Kontrak bagi Projek Pembinaan Jejambat di Persimpangan Lebuhraya Muara-Tutong/ Penempatan Tapak Industri Tanjung Kajar telah ditandatangani antara Yang Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul Bin Haji Anuar, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya dan Yang Mulia Awang Rafitra Bin Haji Abdul Razak, Pemangku Pengarah Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya bagi pihak Kementerian Pembangunan dengan Awang Mohamad Zul Fakhri Bin Mohd Sofian dan Awang Kua Tshin Heng bagi pihak kontraktor. Penandatanganan projek tersebut telah diadakan di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya dan disaksikan oleh Tetamu Kehormat Majlis.

Turut hadir di Majlis Penandatanganan Kontrak tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta kakitangan di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

- TAMAT -


Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan
pro@pwd.gov.bn
Rujukan: 07/PR/JKR/23/DG


Attachments