SIARAN AKHBAR KERJA-KERJA KECEMASAN PEMBAIKAN PAIP DI PUSAT BANDAR, DAERAH BRUNEI MUARA. 2hb November 2019 Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama penduduk kawasan Pusat Bandar serta sekitarnya bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan paip bocor di Jalan Elizabeth Dua berhampiran dengan Tugu Jam telah selesai dilaksanakan pada jam 7.00 malam kelmarin. Bekalan air akan kembali seperti biasa, walau bagaimanapun ia nya memerlukan masa untuk kembali seperi biasa sepenuhnya, terutama sekali di kawasan-kawasan tinggi. Sekali lagi, Jabatan Kerja Raya ingin meminta maaf atas perkara ini dan ingin berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai. Sebarang aduan atau permohonan bagi pembekalan air bersih melalui tanker bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123.
  
Kerja Pembaikan Paip Di Jalan Elizabeth Dua Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja RayaKementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam_________________________________________________________________________________________________
MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR / TEKANAN AIR RENDAH 21hb Oktober 2019. Tarikh: 22/10/2019 (Selasa) Waktu: 8.30 pagi sehingga 1.30 petang Sebab: Kerja-kerja penyucian Tangki Air Belimbing Subok Kawasan yang terlibat: Kg Belimbing Subok, Bangunan Jabatan Radio dan Television Kg Sg Akar, Bangunan Jabatan Pengangkutan Darat Kg Sg Akar, Bangunan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Kg Sg Akar dan sekitarnya Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi dan bagi sebarang permohonan untuk pembekalan air tanker bolehlah menghubungi Hotline Talian Darussalam: 123 / Live Channel 123 (+673 8333123). Perkhidmatan tanker adalah terhad. Oleh yang demikian adalah diharapkan agar orang ramai akan dapat mengambil langkah untuk menjimatkan penggunaan air sehingga bekalan air pulih seperti sediakala. Sekian dimaklumkan. Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja RayaKementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam
_________________________________________________________________________________________________
SIARAN AKHBAR GANGGUAN BEKALAN AIR DI KG SUBOK, DAERAH BRUNEI MUARA. 20hb Oktober 2019 Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan penduduk Kg Subok bahawa Pam Air Tangki Subok mengalami masalah bekalan elektrik pada hari Sabtu (20/10/19) jam 9.30 pagi hingga kini. Oleh yang demikian, tahap paras air tangki Subok akan berkurangan dan seterusnya menjejaskan bekalan air ke sebahagian kawasan Kg Subok terutamanya pada tempat tinggi. Walaubagaimanapun, Jabatan ini ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa operasi bersama Jabatan Perkhidmatan Elektrik sedang dijalankan bagi menangani masalah bekalan elektrik tersebut dan pihak Jabatan ini berusaha untuk melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin. Jabatan Kerja Raya juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat di dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang masalah bekalan atau kualiti air. Sekali lagi, Jabatan Kerja Raya ingin memohon maaf atas perkara ini dan sangat menghargai kesabaran orang ramai.
Disediakan oleh
Unit Perhubungan AwamJabatan Kerja RayaKementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________
SIARAN AKHBAR PAIP BOCOR DI KAWASAN KG BERIBI (05/10/2019)
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa pada masa ini terdapat kejadian paip bocor di kawasan Kg Beribi berhampiran dengan bangunan Jabatan Pengangkutan Darat.
Sehubungan itu, Jabatan ini akan melakasanakan kerja-kerja pembaikan seberapa segera. Jabatan ini juga akan mengeluarkan keterangan lanjut mengenai kerja-kerja pembaikan dalam masa terdekat.
Pihak Jabatan memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi dan bagi sebarang permohonan untuk pembekalan air tanker bolehlah menghubungi Hotline: 123 Talian Darussalam / Live Chat Channel 123 (+673-8333123) (Perkhidmatan tanker adalah terhad)
Oleh yang demikian adalah diharapkan agar orang ramai akan dapat mengambil langkah untuk menjimatkan penggunaan air sehingga bekalan air pulih seperti sediakala.
Sekian dimaklumkan.
_________________________________________________________________________________________________
SIARAN AKHBARBANJIR KILAT AKIBAT HUJAN LEBAT BERINTENSITI TINGGI
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa hujan lebat yang turun berpanjangan pada hari Isnin, 30hb September 2019, bermula pukul 10 malam bertembung dengan keadaan air pasang Sungai Brunei telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa tempat termasuk jalan raya dan kawasan perumahan di Daerah Brunei-Muara seperti Kampong Burong Pinggai Berakas, Kampong Menglait, Kampong Jerudong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Untuk makluman orang ramai, turunan hujan lebat yang berintensitikan tinggi dalam tempoh waktu selama tiga jam, dengan catatan turunan hujan tertinggi iaitu 275 milimeter, telah menjadi punca kejadian banjir kilat berkenaan. Jadual air pasang tertinggi juga direkodkan pada jam 12 tengah malam sehingga 3 pagi adalah 2.2 meter. Antara lain, penyebab banjir adalah disebabkan oleh longkang/parit yang tersumbat mengakibatkan kapasiti sistem saliran yang berkurang, dan stesen pam saliran tidak menerima bekalan elektrik. Pihak Jabatan telah mengambil tindakan dengan berhubung dengan Jabatan yang terlibat dan mengambil langkah-langkah awal seperti membersihkan longkang dan kalbat yang tersumbat untuk memastikan sistem saliran tidak tersekat dan kerja-kerja pemeliharaan genset bagi stesen pam saliran. Sementara untuk jangkamasa panjang, pihak Jabatan akan membuat permohonan bagi kawasan- kawasan yang belum terkandung dalam senarai projek-projek yang akan dilaksanakan dibawah peruntukan RKN, tertakluk kepada keutamaan. Pihak Jabatan dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga semasa hujan lebat ini memandangkan mengikut maklumat dari Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam bahawa hujan lebat akan berterusan berlaku sepanjang minggu ini.
_________________________________________________________________________________________________
SIARAN AKHBAR
MESEJ TULAR DI MEDIA SOSIAL29hb September 2019
Berhubung mesej yang tular di media sosial pada masa ini, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Layong telah mengalami kerosakan elektrik (power blackout) pada hari Ahad (29/9/19) kira-kira jam 4.30 pagi hingga jam 9.00 pagi. Gangguan ini telah menjejaskan penyaluran air ke tangki air. Untuk makluman, pada masa ini penyaluran air ke tangki air telah pulih seperti biasa selepas bekalan elektrik beroperasi semula. Operasi pembekalan air Loji Rawatan Air Layong kepada penduduk Daerah Tutong telah diteruskan seperti biasa akan tetapi tekanan bekalan air terutama di kawasan tinggi serta kawasan penghujung sistem akan mengambil tekanan air rendah sehingga tangki air berisi sepenuhnya. Sehubungan itu, pihak Jabatan ingin menjelaskan mesej tular (viral message) mengenai perkara tersebut bahawa maklumat kandungannya tidak betul/tepat dan adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 Seksyen 34, iaitu sesiapa yang sama ada menggunakan lisan atau tulisan atau menggunakan sebarang cara, menyebarkan laporan yang salah atau membuat kenyataan yang salah, yang menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh dipenjara tiga tahun atau denda sebanyak BND3,000. Jabatan Kerja Raya juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat di dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang masalah bekalan atau kualiti air. Sekali lagi, Jabatan Kerja Raya ingin memohon maaf atas perkara ini dan sangat menghargai kesabaran orang ramai.
_________________________________________________________________________________________________
SIARAN AKHBARKERJA-KERJA KECEMASAN PEMBAIKAN PAIP DI JALAN BERIBI, DAERAH BRUNEI- MUARA02hb September 2019
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat kebocoran paip air di Jalan Beribi, Kg. Kiarong berdekatan dengan simpang Flat Pasukan Polis Istana Brunei. Kerja-kerja pembaikan sedang giat dilaksanakan pada masa ini. Oleh yang demikian, beberapa kawasan terjejas termasuk Jalan Beribi, Jalan Bunga Jasmin, Jalan Flat Kiarong, Kg. Kiulap Jalan Kiarong, Jalan Pasar Gadong, kawasan Mall Gadong, Maktab Duli, Jalan Dato Ratna, Jalan Elia Fatima, kawasan shopping complex Kg. Kiulap dan sekitarnya akan mengalami tekanan rendah / tiada bekalan air (terutama di kawasan tinggi). Walau bagaimanapun, Jabatan ini ingin memberi jaminan kepada penduduk-penduduk yang terjejas bahawa setiap langkah telah diambil untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan secepat mungkin. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini akan memberikan maklumat terkini kepada orang ramai mengenai kemajuan pembaikan nanti. Jabatan Kerja Raya juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat di dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tanker atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih. Sekali lagi, Jabatan Kerja Raya ingin meminta maaf atas perkara ini dan ingin berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai. _________________________________________________________________________________________________ MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR / TEKANAN AIR RENDAH
Tarikh: 28/08/2019 (Rabu) Waktu: 8.30 pagi sehingga 1.30 petang Sebab: Kerja-kerja penyucian Tangki Air Tungku 1 Kawasan yang terlibat: Kg Tungku, Bangunan Biro Kawalan Narkotik, Perpindahan STKRJ Kg Tungku, Bangunan Ibu Pejabat Polis, sepanjang Simpang 185 Kg Tungku dan sekitarnya. Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi dan bagi sebarang permohonan untuk pembekalan air tanker bolehlah menghubungi Hotline Talian Darussalam: 123 / Live Channel 123 (+673 8333123). Perkhidmatan tanker adalah terhad. Oleh yang demikian adalah diharapkan agar orang ramai akan dapat mengambil langkah untuk menjimatkan penggunaan air sehingga bekalan air pulih seperti sediakala. Sekian dimaklumkan.
_________________________________________________________________________________________________
MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR / TEKANAN AIR RENDAH KESELURUHAN KAWASAN KUALA BELAIT DAN SEBAHAGIAN KAWASAN SERIA11hb Ogos 2019. Tarikh: 13/08/2019 (Selasa) Waktu: 7.00 malam sehingga kerja-kerja selesai Sebab: Pemasangan Cable Genset di Pengambilan Air Mentah Badas Stage 4 Kawasan yang terlibat: Keseluruhan kawasan Kuala Belait dan sebahagian kawasan Seria Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi dan bagi sebarang permohonan untuk pembekalan air tanker bolehlah menghubungi Hotline Talian Darussalam: 123 / Live Channel 123 (+673 8333123). Perkhidmatan tanker adalah terhad. Oleh yang demikian adalah diharapkan agar orang ramai akan dapat mengambil langkah untuk menjimatkan penggunaan air sehingga bekalan air pulih seperti sediakala. Sekian dimaklumkan.
_________________________________________________________________________________________________
SIARAN AKHBAR
KERJA-KERJA PEMBAIKAN PAIP AIR UTAMA DI LEBUHRAYA MUARA TUTONG
03hb Ogos 2019
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama penduduk yang terjejas bahawa kerja-kerja pembaikan paip air utama di Lebuhraya Muara Tutong telah selesai dilaksanakan pada jam 6.00 petang semalam. Bekalan air akan kembali seperti biasa, walau bagaimanapun ia nya memerlukan masa untuk kembali seperti biasa sepenuhnya, terutama sekali di kawasan-kawasan tinggi kemungkinan akan masih mengalami tekanan air rendah / tiada bekalan air. Jabatan ini ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menangani bekalan air rendah tersebut dan Jabatan berusaha untuk melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin. Sekali lagi, Jabatan Kerja Raya ingin meminta maaf atas perkara ini dan ingin berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai. Sebarang aduan atau permohonan bagi pembekalan air bersih melalui tanker bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123. Disediakan oleh Unit Perhubungan Awam Jabatan Kerja Raya Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam
___________________________________________________________________________
SIARAN AKHBAR KERJA-KERJA PEMBAIKAN PAIP UTAMA DILEBUHRAYA MUARA TUTONG 2hb Ogos 2019
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa paip air Utama Lebuhraya Muara-Tutong mengalami kebocoran di tiga lokasi iaitu berhampiran: - Tanda Km 109.3 (dekat Sekolah IBTE)
- Tanda Km 109.1
- Tanda Km 108.1
Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan paip sedang dilaksanakan dan akan mengambil masa hingga selesai. Oleh yang demikian, beberapa kawasan terjejas iaitu Kg. Perpindahan Lambak Kanan, Kg. Perumahan Meragang, Kg. Tanah Jambu, Kg. Salambigar dan sekitarnya akan mengalami tekanan rendah / tiada bekalan air (terutama di kawasan tinggi). Pada masa yang sama, bagi membantu meringankan beban para penduduk yang terjejas, pihak Jabatan telah menempatkan beberapa tangki air biru di beberapa kawasan seperti tersenarai di bawah, walau bagaimanapun orang ramai adalah dinasihatkan untuk membawa botol / bekas air sendiri. Kg. Perpindahan Lambak Kanan: - Jalan 49
- Jalan 64
- Jalan 11
- Berdekatan Sekolah Dato Marsal
- Kawasan Pondok Polis dekat Dewan Kemasyarakatan Jalan 77
- Masjid RPN Lambak Kanan
- Berdekatan Jabatan Pendidikan Kokurikulum
Di luar kawasan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar Di Kg. Perumahan Meragang: - Taman Rekreasi RPN Meragang
Jabatan Kerja Raya ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menangani bekalan air rendah tersebut dan pihak Jabatan berusaha untuk melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin. Jabatan Kerja Raya juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tanker atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih. Sekali lagi, Jabatan Kerja Raya ingin meminta maaf atas perkara ini dan ingin berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai. Disediakan oleh Unit Perhubungan Awam Jabatan Kerja Raya Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam
_________________________________________________________________________________________________
MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR/TEKANAN AIR RENDAH (15/8/2018) Tarikh: 15/8/2018 (Rabu)
Waktu: 9.00 pagi hingga kerja-kerja selesai
Sebab: Kerja-kerja kecemasan pembaikan kerosakkan paip air utama 1220mm di Simpang 41 Kg Kilanas Perindustrian.
Kawasan yang terlibat: Kawasan Jerudong, Sengkurong, Selayun, Kg Bunut, Kg Bunut Kanan, Kg Wasan, Kg Batong, Kg Pancur Murai, Kg Limau Manis, Kg Lampaki, Kg Bebatik, Kg Kilanas, Jalan Mulaut, Kg Sinarubai, Kg Telanai, Kg Katok 'A' dan 'B', Kg dadap, Kawawsan Beribi, Kawasan Kiulap, Kg Kiarong, Kg Tungku, Perumahan Rakyat Jati, Kg Rimba, RPN Rimba, Prumahan Lambak Kanan, kawasan Berakas, Berakas Kem, Terunjing, Jalan Lambak Berakas, Skim Perumahan, Kg Subok, Jalan Kota Batu sehingga Kg Serdang. Jalan Kebangsaan, kawasan Bandar Seri Begawan, kawasan Kg Ayer, Kg Lumapas, Kg Kasat, Kg Putat, Kg Menunggol, Kg Lugu. (Bagi kawasan yang rendah akan menerima tekanan air rendah, kawasan tinggi tidak akan menerima bekalan air).
Pihak Jabatan memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi dan bagi sebarang permohonan untuk pembekalan air tanker bolehlah menghubungi Hotline: 123 Talian Darussalam / Live Chat Channel 123 (+673-8333123) (Perkhidmatan tanker adalah terhad)
Oleh yang demikian adalah diharapkan agar orang ramai akan dapat mengambil langkah untuk menjimatkan penggunaan air sehingga bekalan air pulih seperti sediakala.
Sekian dimaklumkan.
_________________________________________________________________________________________________
SIARAN AKHBARKERJA-KERJA PEMBAIKAN PAIP AIR UTAMA DI JALAN GADONG ESTET18hb April 2019
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama penduduk yang terjejas bahawa kerja-kerja pembaikan paip air utama di Jalan Gadong Estet telah selesai dilaksanakan pada jam 5.40 pagi tadi.
Bekalan air akan kembali seperti biasa, walau bagaimanapun ia nya memerlukan masa untuk kembali seperti biasa sepenuhnya, terutama sekali di kawasan-kawasan tinggi kemungkinan akan masih mengalami tekanan air rendah / tiada bekalan air.
Jabatan ini ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menangani bekalan air rendah tersebut dan Jabatan berusaha untuk melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin.
Sekali lagi, Jabatan Kerja Raya ingin meminta maaf atas perkara ini dan ingin berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai. Sebarang aduan atau permohonan bagi pembekalan air bersih melalui tanker bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123. 
Kerja-kerja penggantian paip air utama baru yang telah selesai dilaksanakan pada jam 5.40 pagi tadi._________________________________________________________________________________________________
SIARAN AKHBAR PEMBUKAAN JALAN RESIDENCY DAN JALAN SUBOK Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada pengguna-pengguna jalan raya bahawa sebahagian Jalan Residency serta Jalan Subok yang telah dinaiktaraf akan dibukakan semula pada hari Isnin 14 Mei 2018 bermula jam 9.00 pagi. Penguna jalan raya dari arah Bandar Seri Begawan menuju ke Kota Batu akan mula menggunakan laluan yang baru siap dibina manakala laluan dari Kota Batu menuju ke Bandar Seri Begawan yang sebelum ini digunakan sebagai dua hala akan menjadi satu hala sahaja. Selain itu, pihak Jabatan juga ingin memaklumkan bahawa para penguna dari Bandar Seri Begawan yang hendak menuju ke Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan akan mengunakan 'U-turn' berdekatan buat sementara waktu sehingga kerja-kerja sebahagian jalan siap dilaksanakan, yang dijangka akan siap pada penghujung bulan Mei ini nanti. Dengan itu, Jabatan Kerja Raya ingin mengingatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut disamping mematuhi tanda-tanda lalulintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak Jabatan ini melalui Talian Darussalam:123 / Livechat +673 8333123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan Email: pro@pwd.gov.bn. Sekian… Unit Perhubungan Awam Jabatan Kerja Raya Kementerian Pembangunan

|