Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR PEMASANGAN LAMBANG MENARA BAGI MENARA PERTAMA PROJEK JAMBATAN TEMBURONG

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 11 Oktober 2019

Projek Jambatan Temburong hari ini mencatatkan satu lagi pencapaian khususnya bagi Kontrak Pakej CC3 – Jambatan Navigasi dimana pagi tadi telah berlangsung pemasangan Lambang Menara di atas menara pertama bagi Projek Jambatan Temburong.

Diantara ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Projek Jambatan Temburong yang hadir bagi menyaksikan pemasangan lambang menara tersebut adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussein, Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian; Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II (Kedua); dan juga Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan. Turut hadir Yang Mulia Ir Awang Haji Amer Hishamuddin Bin Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan dan Yang Mulia Haji Muhammad Nazri Bin Haji Muhammad Yusuf, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Pegawai-Pegawai dari Kementerian Pembangunan.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-fatihah yang dipimpin oleh Pengiran Haji Mohd. Sallehin bin Pengiran Tejudin, Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Sungai Besar. Ini diikuti dengan penerangan ringkas mengenai aktiviti pemasangan ciri utama oleh Pengurus Projek Pakej CC3, Awang Kim Ho Young dari Kontraktor utama Daelim-Swee Joint Venture dimana beliau telah menerangkan bahawa lambang menara berbentuk bulan sabit dan bintang yang berukuran 4 meter lebar dan 6.6 meter tinggi dengan berat 2.6 tan dipasang di atas menara pertama Jambatan Navigasi - Single Tower Cable Stayed Bridge yang merentasi Laluan Perkapalan Brunei (Brunei Channel). Bentuk bulan sabit dan bintang ini adalah antara ciri-ciri keislaman yang diserapkan di dalam rekabentuk Jambatan tersebut.

Sebelum pemasangan lambang menara dimulakan doa selamat dibacakan oleh Pengiran Haji Mohd. Sallehin bin Pengiran Tejudin, Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Sungai Besar.

Pemasangan lambang menara ini juga akan diteruskan pada dua lagi menara bagi Jambatan Navigasi – Twin Tower Cable Stayed Bridge merentasi Laluan Perkapalan Timur nanti. Selain ciri tersebut, kalimah iaitu Kalimah Subhanallah; Alhamdulillah and Allahu Akbar juga dipasang di setiap menara berkenaan.

IMG-20191011-WA0069.jpgINFODEPT02-11.JPGINFODEPT02-15.JPG

 
JABATAN KERJA RAYA,
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN,
Bandar Seri Begawan,
Negara Brunei Darussalam.

12 Safar 1441
11 Oktober 2019

Attachments