Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR MAJLIS PELANCARAN PROJEK PEDESTRIANISATION JALAN ROBERTS AND ADJACENT ALLEYWAYS


Ahad, 06 Rabiulakhir 1442H bersamaan 22 November 2020M

Projek "The Pedestrianisation of Jalan Roberts and Adjacent Alleyways" adalah satu inisiatif dibawah kelolaan Jabatan Bandaran, Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan dalam usaha bagi mencantikkan kawasan Bandar Seri Begawan. Projek tersebut memperlihatkan pelbagai jenis seni lukisan yang diserikan lagi dengan bermacam-macam corak warna di sepanjang Jalan Roberts.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Fasa pertama projek tersebut yang melibatkan proses pengecatan semula 5 buah rumah kedai berwarna pestal telah menjadi tarikan orang ramai. Kesinambungan daripada fasa pertama tersebut, projek ini dipanjangkan lagi ke bangunan BIBD Ar-Rahnu dengan melukis "Tujuh Padian" (The Seven Padians) yang akan dilukis sebagai mural dan dibuat secara langsung di permukaan lantai. Konsep seni ini mencerminkan tujuh puak di Brunei yang dipamerkan melalui kandungan dan skema warna setiap tujuh perahu tersebut.

Fasa kedua projek ini adalah koloborasi usaha antara dua buah Kementerian dan Guerilla Architects serta sumbangan daripada industri sektor swasta yang dikepelai/diketuai oleh MISC (Manpower Industry Steering Committee) dan Pertubuhan Ukur Jurutera & Arkitek Brunei (PUJA). Seramai tujuh artis tempatan iaitu Guerilla Architects, Larvsh, SketchOne Studio, Petals and Palettes, DBP Team (Dewan Bahasa dan Pustaka), HWNS Team dan Maziyyah Yussof akan sama-sama menghasilkan mural lantai yang mana tiap-tiap artis tersebut akan melukis satu bot Padian dengan seni mereka tersendiri.

Objektif utama projek ini adalah untuk mengeratkan dan mempromosikan kemesraan masyarakat dengan usaha kerjasama yang terjalin melalui projek ini. Dalam masa yang sama, ianya juga untuk meningkatkan kesedaran tentang sejarah Negara Brunei Darussalam dan cara hidup zaman dahulu melalui konsep dan isi kandungan seni lukisan yang akan dipamerkan.

Selain itu, lukisan mural lantai ini akan digabungkan dengan mural dilukis oleh Guerilla Architects di permukaan besar dinding di bahagian belakang bangunan BIBD Ar-Rahnu.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan; Yang Berhormat Ar. Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman, Ahli Mesyuarat Negara; Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembanguan; Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Ir. Awg Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, pegawai-pegawai kanan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

 Projek 1.jpgprojek2.JPG

Disediakan oleh

Unit Perhubungan Awam

Jabatan Kerja Raya

Kementerian Pembangunan

Negara Brunei Darussalam


Attachments