Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SIARAN AKHBAR MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA DISELAJURKAN DENGAN SOLAT SUNAT HAJAT DAN DOA KESYUKURAN BERSEMPENA HARI SEDUNIA UNTUK KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA BAGI TAHUN 1443H/2022M

​Bandar Seri Begawan, 28 April 2022 

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an bertempat di Masjid Kampong Kilanas pada petang ini. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. 

Majlis Khatam Al-Qur’an bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Majlis kelolaan bersama Jabatan Pentadbiran dan Kewangan dan Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya ini menandakan berakhirnya pembacaan Al-Qur’an 30 Juzuk di bulan Ramadhan oleh warga-warga Kementerian Pembangunan. 

Majlis seterusnya diikuti dengan bacaan doa Khatam Al-Qur’an dibacakan oleh Yang Mulia Imam Muhammad Fahmie bin Haji Awang Metussin, Imam Masjid Kg. Kilanas. Bagi mengakhiri majlis tersebut, bacaan tahlil dibacakan beramai-ramai. 

Terdahulu, majlis tersebut dimulai dengan solat fardhu Zuhor berjemaah dan diikuti dengan solat sunat hajat dan doa kesyukuran sempena Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja atau “World Day for Safety and Health at Work” yang disambut pada 28 April setiap tahun khususnya bagi semua warga kerja yang terlibat dalam industri pembinaan di negara ini. Bagi memberkati majlis tersebut, doa kesyukuran dibacakan oleh Yang Mulia Mohd Redzuan bin Haji Marjuki, Pegawai Hal Ehwal Masjid Kg. Kilanas. 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Pemangku Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Ir. Awang Haji Salleh bin Haji Abd Karim, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Presiden PUJA; Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘A’, Jabatan Bomba dan Penyelamat, wakil dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Buruh dan Kementerian Pendidikan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. 

Acara-acara keagamaan yang disusun pada bulan Ramadhan adalah merupakan antara aktiviti Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian disamping bagi samasama mendapatkan ganjaran pahala dan keberkatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala disepanjang bulan yang mulia ini. 

khatam1.jpeg khatam2.jpeg

Disediakan oleh 

Unit Perhubungan Awam, Jabatan Kerja Raya 

Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam

Attachments