Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

TAKLIMAT DIGITAL QUALITY SUPERVISION MANUAL (QSM)

Bandar Seri Begawan, 08 September 2022

Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya telah menghadiri taklimat mengenai Digital Supervision Manual (QSM) yang dikendalikan oleh Unit Komputer dan IT, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya, pada 08 September 2022 lalu di Bilik Mesyuarat Anggerek, Pejabat Ketua Pengarah, ibu pejabat Jabatan Kerja Raya.

Di taklimat tersebut para peserta telah diterangkan tentang cara-cara mengakses ke halaman (page) QSM Digital dan cara-cara mengisi borang-borang senarai semak.

QSM Digital merupakan salah satu halaman (page) yang terdapat di dalam laman web Jabatan Kerja Raya, yang mengandungi borang-borang senarai semak yang boleh diakses dan digunakan secara dalam talian. QSM Digital ini diwujudkan adalah sebagai kemudahan membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bagi memantau kualiti kerja dan bahan binaan yang dilakukan oleh pihak kontraktor agar mereka (pihak kontraktor) yang diberi kebenaran menjalankan kerja-kerja pembinaan memahami dan mematuhi kandungan kerja pembinaan.

 

Disediakan oleh

Unit Perhubungan Awam

Jabatan Kerja Raya

Kementerian Pembangunan

Negara Brunei Darussalam


Attachments