Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS DOA SELAMAT BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA YANG AKAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI BAGI TAHUN 1444H / 2023M

​Selasa, 10 Zulkaedah 1444H | 30hb Mei 2023M 

Bandar Seri Begawan 


Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan pada hari Selasa, 30 Mei 2023. 


Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid. 


Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk “Ibrah Daripada Ibadah Haji” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Nasyith Bin Superi, Pegawai Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 


Seramai 17 orang bakal jemaah haji yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga telah menyempurnakan penyampaian cenderahati daripada pegawai dan kakitangan Kementerian kepada bakalbakal jemaah haji. 


Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ustaz Muhammad Nasyith untuk memohon keberkatan Allah SWT agar kesemua bakal jemaah haji mendapat rahmat, perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan semasa berada di tanah suci dan memperoleh haji yang mabrur. Majlis keagamaan yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya tersebut merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan dalam meraikan para pegawai dan kakitangan yang akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya. 


Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAP DSS Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati Binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. 

Haji01.jpg Haji02.jpg Haji03.jpg



-TAMAT-


Disediakan oleh 

Unit Perhubungan Awam 

Jabatan Kerja Raya 

Kementerian Pembangunan 

pro@pwd.gov.bn


Attachments