RAPTAI PENGANUGERAHAN LOT-LOT TANAH DAN ANAK-ANAK KUNCI

   

 

 
 

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Kapok dan dihadiri oleh Menteri Pembangunan Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Abu Bakar. Juga hadir ialah, Yang Mulia Setiusaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan yang terlibat dari Kementerian Pembangunan dan Kementerian-Kementerian yang lain.

Yang Berhormat, Menteri Pembangunan seterusnya membuat lawatan mengikut laluan-laluan yang telah dikenalpasti ke Sekolah Rendah Kapok dan juga ke rumah-rumah penerima dan ke kawasan perindustrian yang akan dilawati oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dijangka akan bercemar duli melawat pada hari Selasa, 15hb Ogos nanti.

Tujuan 'raptai' tersebut adalah untuk mempastikan persiapan-persiapan yang telah dibuat dilaksanakan dengan teratur dan seperti yang telah ditetapkan.