|
SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA MENTERI PEMBANGUNAN |
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|
||
|
Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, pagi tadi Kementerian Pembangunan telah mengadakan majlis ramah mesra di kalangan pegawai-pegawai Kementerian tersebut. Majis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya doa selamat oleh Awang Haji Tassan bin Haji Mohammad, Pegawai dari Jabatan Kemajuan Perumahan. Hadir bersama dimajlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKSPD Abang Haji Abu Hanifah, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. Majlis pada pagi itu diadakan di Tingkat 6, Kementerian Pembangunan dan majlis berakhir dengan sessi bergambar beramai-ramai. |
|||