|
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MENYERTAI SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
|
|||
|
|
|
||
|
Pembukaan resmi Sukan Kementerian-Kementerian anjuran Jabatan Belia dan Sukan telah berlangsung sebelah petang di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Tetamu Kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir mewakili Kementerian Pembangunan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional) berserta Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk bagi Kementerian-Kementerian dan Kementerian Pembangunan telah menghantar seramai 70 orang pegawai dan kakitangan untuk menyertai perbarisan tersebut. Kementerian Pembangunan hanya menyertai empat acara dari lima acara yang akan dipertandingkan dalam Sukan Kementerian-Kementerian tersebut seperti Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring dan Olahraga kecuali Sepak Takraw. Seramai 112 warga Kementerian Pembangunan ikut menyertai Sukan tersebut. Majlis Penutup Sukan tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 14 Januari 2007 bertempat di Stadium Negara, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. |
|||
|
|
|
||
|
|
|
||
|
|
|
||