LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN KE SINGAPURA

 

 

   

 
 

Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan telah berlepas ke Singapura pagi ke Negara Singapura atas lawatan undangan Menteri Pembangunan Kebangsaan, Singapura. 

Juga menyertai rombongan ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah, Timbalan Setiausaha Tetap dan beberapa Ketua-Ketua Jabatan/Unit Kementerian Pembangunan.

Selama berada di sana selama 5 hari antara lain cadangan program lawatan ialah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Kebangsaan, Menteri Negara, Setiausaha Parlimen dan juga Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Kebangsaan. Seterusnya  rombongan akan mengikuti taklimat-taklimat mengenai dengan Perancangan Penggunaan Tanah di Singapura, Dasar Tenaga Manusia, Sewa Perumahan, Skim-Skim bagi Penghuni Rumah Berpendapatan Rendah dan Mempertingkatkan & Memajukan Semula Estet HDB. Lawatan ke tapak projek-projek juga didalam rancangan lawatan.

Yang Berhormat, Menteri Pembangunan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar juga berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat belayar kepada rombongan. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional) dan Ketua-Ketua Jabatan/Unit.