Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
JABATAN UKUR SERTAI HARI KAJICUACA SEDUNIA 2019

HJ KHAI AND MINISTER SUNDIAL.JPG

Awang Haji Khairul Abidin bin Haji Sulaiman, Juruukur di Bahagian Geodetik memberikan penerangan mengenai penggunaan sundial kepada Tetamu Kehormat Majlis Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

1 April 2019, Rimba - Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah menyertai pameran dan taklimat sempena Hari Kaji Cuaca Sedunia 2019 yang diadakan di Garden's Veranda Hall, Rimba Garden Central hari ini. Hari Kaji Cuaca Sedunia 2019 tersebut dianjurkan oleh Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam bertemakan Matahari, Bumi dan Cuaca. 

HJ KHAI MINISTER 4.JPG TELESCOPE.JPG

Hadir selaku tetamu kehormat Majlis adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Turut hadir ke Majlis berkenaan adalah Setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara. 

Sebanyak15 agensi kerajaan dan swasta termasuk institusi pendidikan tinggi menyertai pameran sambutan berkenaan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar dan Rekreasi, Rennovo Sdn Bhd, RAB Global Green Sdn Bhd dan lain-lain lagi. 

TEAM KAJI CUACA.JPG

Antara ahli-ahli Jawatankuasa mewakili  yang bertugas pada Hari Kaji Cuaca Sedunia 2019

Jabatan Ukur diwakili oleh Bahagian Geospatial Pemetaan, Geodetik, Perundangan, Sempadan dan Hidografi dan Unit Kutipan Hasil mempamerkan informasi berkaitan dengan Istiwa Matahari, Panduan Air Pasang Surut dan Peta Banjir. Selain itu juga, demonstrasi penggunaan Sundial juga dipamerkan. 

MONITOR.JPG TIDAL BOOK.JPG

Informasi-informasi yang dipamerkan semasa pameran berkenaan

Sambutan Hari Kaji Cuaca ini diadakan mulai 9 pagi hingga 4.30 petang. 

Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur 

Attachments