Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
KEJOHANAN BOLASEPAK 5 SEPASUKAN (FUTSAL) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 2019

main_futsal1.JPG

Sesi bergambar ramai bersama Timbalan Menteri Pembangunan bersama pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya serta pasukan-pasukan yang ikut kejohanan tersebut.

24 April 2019, Bandar Seri Begawan - Dengan jaringan 3 - 0, Jabatan Ukur muncul juara setelah berjaya menewaskan Pejabat Ketua Pengarah bersama Jabatan dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya bagi kategori  Terbuka di Kejohanan Bola Sepak 5 Sepasukan (Futsal) Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 2019, berlangsung di Kompleks Sukan JKR, Lapangan Terbang Lama, hari ini.

Manakala Jabatan Perkhidmatan Air menjuarai Kategori Veteran menewaskan Jabatan Ukur, melalui jaringan penalti, 3 – 2 setelah terikat seri, 1 – 1.

Kategori VIP pula dimenangi oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal apabila berjaya mengalahkan Jabatan Perkhidmatan Bangunan  dengan jaringan 2 – 1.

Hadir bagi menyempurnakan Penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

futsal_20191.JPG

Pemangku Juruukur Agung, Awang Arefin bin Haji Jaya yang turut hadir memberi sokongan kepada pasukan Jabatan Ukur di kejohanan berkenaan.

Kejohanan Bola Sepak 5 Sepasukan (Futsal) tersebut telah bermula pada 19 April lalu, dianjurkan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Bangunan dan Jabatan Jalan Raya, JKR dan disertai oleh sebanyak 32 pasukan yang dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Kategori VIP, Kategori Veteran dan Kategori Terbuka.

Dengan adanya kejohanan ini diadakan, ianya diharap akan dapat membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan mencungkil bakat baharu yang dapat diketengahkan bagi kejohanan-kejohanan bola sepak di peringkat jabatan dan kementerian.

Attachments