Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA

GERHANA MATAHARI.jpeg

17 Jun 2020, Bandar Seri Begawan - Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan sukacita ingin memaklumkan bahawa Fenomena Gerhana Matahari Separa akan dijangka berlaku pada 21 Jun 2020 bersamaan dengan 29 Syawal 1441H mulai pada jam 3.10 petang hingga 5.23 petang. 

28% Permukaan matahari akan dijangka dilindungi oleh bulan pada jam 4.22 petang. 

Sehubungan dengan ini juga, pihak Jabatan ingin memberi beberapa peringatan kepada orang ramai yang ingin menyaksikan fenomena berkenaan, iaitu:

  • Tidak melihat dengan mata kasar kerana ianya boleh menyebabkan kerosakkan mata
  • Menggunakan kaca mata khas / alat perlindungan jika melihat gerhana matahari
  • Menggunakan teleskop yang dapat melindungi mata daripada cahaya matahari (sun filter)
Wallahu'alam Bisawwab.

Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur
Attachments