Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Jabatan Ukur dan IBTE mengadakan aktiviti cerapan Komet C/2020 F3 (Neowise)

neowise 2.png

Daerah Brunei dan Muara, 22 Julai 2020 – Unit Astronomi (Bahagian Geodetik) dan para pelajar dari Institusi IBTE pada hari ini mengadakan aktiviti cerapan Komet C/2020 F3 (Neowise) di Tanjung Batu, Muara.  Komet C/2020 F3 (Neowise) ditemui pada 27 Mac 2020 bukan dari permukaan Bumi tetapi dari sebuah balai cerap angkasa sekitar 326 batu (525 km) dari Bumi. Komet berkenaan ditemui oleh teleskop angkasa bernama NEOWISE (Near Earth Object Wide-field Infrared Survey Explorer), yang dilancarkan oleh pihak NASA pada tahun 2009. 

comet neowise 1.jpg

Terdahulu, komet ini dilaporkan mulai kelihatan pada pertengahan Julai tahun ini oleh para peminat dan juga ahli persatuan astronomi di tanah air. Komet ini boleh dilihat melalui peralatan teleskop, binokular atau menggunakan kamera. Komet ini dijangka melintasi dekat Bumi pada 22 Julai sejauh 64.3 batu (103.5 juta km) dan akan mulai jauh dari Bumi apabila memasuki bulan Ogos. 


Attachments