Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Surveyors Walk 2021 Sempena Hari Juruukur Sedunia 2021 (Global Surveyors Day 2021)

IMG_2848.JPG

21 Mac 2021, Ahad, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, anjuran bersama Brunei Institute of Geomatics (B.I.G) telah mengadakan Surveyors Walk sempena Global Surveyors Day buat julung kalinya bagi tahun 2021. Surveyors Walk pada tahun ini telah diadakan pada 21 Mac 2021 di BIBD Connect, Bandar Seri Begawan.

   DSC04107.JPG

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Global Surveyors Day ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan iaitu Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) dan Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional).

Acara berlangsung di kawasan BIBD Connect di Taman Jubli Emas, Bandar Seri Begawan turut disertai Ketua-ketua Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur serta ahli-ahli B.I.G yang terdiri daripada Juruukur-Juruukur Tanah Berlesen, Penilai Harta Tanah dan Perancang Bandar.

 f46cc0b7-d095-48b6-90ce-2f850ae0c95e.jpg

Surveyors Walk merupakan aktiviti berjalan kaki sejauh 4.2 km bertujuan untuk menggalakkan pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya untuk bergiat cergas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti jasmani dan juga untuk mengeratkan silaturrahim.

Attachments