
16 Ogos 2022, Selasa, BERAKAS – Pasukan Jabatan Ukur muncul juara pada
Kejohanan Bolasepak 11 Orang Sepasukan Kementerian Pembangunan dan
Jabatan-jabatan di bawahnya Kelolaan Jabatan Ukur bagi tahun 2021 setelah
menewaskan pasukan gabungan Pejabat Ketua Pengarah dan Jabatan Pentadbiran
dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya (DG DAF) dengan keputusan 1 – 0.
Perlawanan berlangsung malam tadi di Padang Kompleks Sukan Berakas, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian
hadiah dan piala ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Professional),
Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan
Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria.

Turut menerima Anugerah Penjaring Terbanyak bagi Kejohanan tersebut ialah Abg
Nor Sillmy bin Abg Hj Taha dari Jabatan Ukur dengan menjaring 8 gol di sepanjang
perlawanan di kejohanan berkenaan.
Juga hadir ke menyaksikan perlawanan akhir berkenaan ialah Timbalan Setiausaha
Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji
Mohammad Salleh; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-ketua Jabatan,
Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.Turut diundang juga ialah Pengerusi Persatuan Bola Sepak
Kebangsaan Brunei Darussalam (FABD), Yang Mulia Pengiran Haji Matusin bin
Pengiran Haji Matasan.
Terdahulu, perlawanan akhir bagi Kejohanan Bolasepak 11 Orang Sepasukan
Kementerian Pembangunan bagi tahun 2021 telah ditangguhkan disebabkan
penularan gelombang kedua wabak COVID-19.
Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur
Foto: JK Media Kejohanan Bolasepak