10 September
2022, Bandar Seri Begawan - Unit Astronomi, Bahagian Geodetik Jabatan
Ukur telah mengadakan aktiviti Cerapan Langit bagi Bulan Penuh dan
Planet (Saturn dan Jupiter) pada hari ini. Aktiviti berkenaan diadakan
di Kawasan Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan. Ianya turut dibukakan untuk orang ramai yang berminat untuk mengikuti aktiviti tersebut.