
16
Oktober 2022, Tungku Link - Pasukan bola jaring Ukur 'A' muncul juara
selepas masuk ke pusingan akhir menentang pasukan bola jaring JASTRE
pada hari ini di Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan
Jabatan-jabatan di bawahnya. Manakala Pasukan Jabatan Ukur 'B' mendapat
tempat ketiga selepas tewas kepada Pasukan JASTRE di pusingan separuh
akhir.
Kejohanan
Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya
pada kali ini dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi
di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam. Hadir selaku tetamu
kehormat kejohanan ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan
Alam Sekitar), Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.
