Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
BENGKEL HAK MILIK STRATA

strata_fotosession.JPG

 Yang Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama Setiausaha-setiausaha Tetap, Ketua Pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Jabatan, para penyampai taklimat bengkel serta para ahli jawatankuasa kerja Bengkel Hak Milik Strata.

7 Mei 2018, Isnin, Bandar Seri Begawan –Bengkel Hak Milik Strata anjuran Jabatan Ukur, Jabatan Tanah dan Institusi Geomatik Brunei (B.I.G.) telah bermula pada hari ini. Bengkel selama dua hari berkenaan diadakan di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan, bermula dari 7 Mei 2018 dan berakhir pada 8 Mei 2018. Bengkel Hak Milik Strata ini adalah dikhususkan untuk Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya  sebelum ianya diberigakan kepada orang ramai.

strata_donomar.JPG strata_bigpg.JPG

Kata-kata aluan yang disampaikan oleh Haji Mohd Don bin Haji Omar, Pengarah Bengkel Hak Milik Strata pada sesi pagi dan Haji Salleh bin Haji Jalil, Timbalan Presidan B.I.G. menyampaikan kata-kala aluan pada sesi petang bengkel berkenaan. 

Hak Milik Strata merujuk kepada hak milik yang dikeluarkan untuk setiap unit bagi sesebuah bangunan yang mempunyai lebih daripada dua unit utama di mana kebenaran bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan. Pada tahun 1999, Akta Kanun Tanah (Strata) Penggal 189 telah diluluskan melalui Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2009. Akta berkenaan digubal dengan tujuan untuk membolehkan sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk memiliki hartanah berupa unit-unit dalam bangunan di Negara Brunei Darussalam. 

Antara objektif bengkel ini diadakan adalah:

  1.  Mengetahui amalan terbaik berkenaan Hak Milik Strata daripada Negara-negara luar seperti Australia, Singapura dan Malaysia
  2. Mengumpulkan pegawai-pegawai (agensi kerajaan) yang bertanggungjawab di dalam pengendalian Hak Milik Strata dan Juruukur Berlesen di dalam satu platform yang membolehkan perkongsian maklumat dan idea.

strata_yunaidi.JPG

Haji Yunaidi bin Haji Yunus, Pegawai dari Jabatan Tanah membentangkan 'The Current Status of Strata in Brunei Darussalam'

 strata_sengguan.JPG strata_speakersPejuta.JPG strata_azua.JPG

Professional dari luar negara yang turut membentangkan kertas kerja mengenai Hak Milik Strata. Dari Kiri: Mr See Seng Guan, Mr So Sun Sing dan Sr Mohd Azua bin Mohd Zain.

Seramai 4 penyampai jemputan dari luar negara yang pakar di dalam pengendalian Hak Milik Strata telah membentangkan kertas kerja mereka di bengkel ini, iaitu:

NAMA PENYAMPAITAJUK KERTAS KERJAORGANISASI

Mr See Seng Guan

 

"The Characteristics of a Successful Management Corporation"Surbana Jurong Consultants Pte. Ltd, Singapore

Mr So Sun Sing

 

"Strata Title Act in Malaysia"

 

Persatuan Juruukur Tanah (PEJUTA), Malaysia

Sr Mohd Azua bin Mohd Zain

 

"Subdivision of Building or Land: Rules and Conditions"

 

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Dr Nicole Johnston"The Challenges Confronting Strata Title Properties and the Lessons Learned"Deakin University, Victoria, Australia


strata_YB.JPG

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyampaikan ucaptama dan merasmikan Pembukaan Bengkel Hak Milik Strata

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis Pembukaan Bengkel ialah Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir di Majlis Pembukaan Bengkel adalah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Ketua-ketua Jabatan serta Ketua-ketua Divisyen.

Dengan adanya bengkel ini adalah diharapkan peserta-peserta akan menimba pengetahuan berdasarkan pengalaman dan kajian yang dibuat oleh pembentang kertas kerja yang mempunyai kepakaran dalam Hak Milik Strata.

strata_women.JPG strata_pejuta.JPG 


strata_jua_big.JPG strata_attendees.JPG


strata_malik.JPG strata_tnaah.JPG


Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur

Foto: Facebook Jabatan Ukur


Attachments