Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
KEJOHANAN BOWLING BERPASUKAN SEMPENA MEMPERINGATI PENUKARAN NAMA BANDAR BRUNEI MENJADI BANDAR SERI BEGAWAN

bowling_bandaran3.jpg

Sesi bergambar ramai bersama pasukan yang mendapat Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga

Bandar Seri Begawan, 25 November 2018 - Seramai 5 pegawai dan kakitangan Ukur telah mewakili Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah mengikuti Kejohanan Bowling Berpasukan Sempena Memperingati Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan. Pasukan bowling berkenaan diketuai oleh Hajah Jarah binti Haji Sulaiman dan pengurus bagi Pasukan Ukur ialah Awang Zaini bin Tumih.

bowling_bandaran1.JPG

Pegawai dan Kakitangan Jabatan Ukur yang mengikuti Kejohanan Bowling Berpasukan Sempena Memperingati Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan

Keputusan daripada kejohanan tersebut, Jabatan Ukur telah mendapat tempat Naib Juara. Juara bagi Kejohanan tersebut disandang oleh Persatuan PBSPDB manakala tempat ketiga pula disandang oleh wakil dari Mukim Berakas 'B'.

Sebanyak 10 Pasukan bowling terdiri daripada Agensi Kerajaan, Swasta dan persatuan-persatuan telah menyertai Kejohanan Bowling Berpasukan Sempena Memperingati Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan. Kejohanan tersebut diadakan di Utama Bowling Centre, Jalan Laksamana Abdul Razak, Bandar Seri Begawan.


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments