Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
JABATAN UKUR SERTAI JALINAN KELUPIS TERPANJANG SEMPENA BRUNEI DECEMBER FESTIVAL 2018

bdf2018_kelupis.JPGSesi bergambar ramai bersama Pemangku Juruukur Agung, Awang Arefin bin Haji Jaya dan para pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pameran berkenaan.

2 Disember 2018, Bandar Seri Begawan - Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah menyertai pameran Jalinan Kelupis Terpanjang Sempena Brunei December Festival 2018. Festival berkenaan telah berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Pameran Jalinan Kelupis Terpanjang ini diusahakan oleh Ayu Atiqah Event Management dan diterajui oleh Awang Haji Duraim bin Haji Mohammad. Ianya dibuat sebagai percubaan untuk mendapat pengiktirafan dalam Brunei Book of Records dan Guinness World Records sempena Brunei December Festival 2018.

kelupis 2018_bdf.jpg

Pegawai dan Kakitangan Jabatan Ukur yang terlibat dalam pameran Jalinan Kelupis Terpanjang Sempena Brunei December Festival 2018

Hasil daripada aktiviti tersebut, sebanyak 6,360 biji kelupis telah dijalin sepanjang 212 meter (695 kaki 6 inci). Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan memainkan peranan sebagai pihak yang mengesahkan kepanjangan jalinan kelupis berkenaan.


Sumber: Pelita Brunei Edisi 3 Disember 2018

Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments