Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN UKUR SERTAI STUDYRAMA 2019

studyrama 2019.jpg

Antara pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur yang menyertai Pameran Studyrama 2019

24 Januari 2019, Bandar Seri Begawan - Jabatan Ukur, Kementerian telah menyertai pameran Studyrama 2019 pada hari ini. Pameran Kerjaya dan Pendidikan Tinggi berkenaan diadakan oleh Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) di  di Dewan Auditorium bertempat di maktab tersebut

Pameran Studyrama 2019 pada tahun ini  dirasmikan oleh Ketua Unit Kaunseling dan Kerjaya, Kementerian Pendidikan, Awang Mohammad Hatta bin Haji Suhaili.

Wakil dari Jabatan Ukur yang menyertai pameran berkenaan ialah Bahagian Pemetaan GeoSpatial (GSP) dan Bahagian Geodetik (GDK) dan dibantu oleh Bahagian GeoSpatial Teknologi (GST), Bahagian Pengurusan dan Pemeliharaan Aset (PPA) serta Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Personel (PPP).

Pameran berkenaan turut disertai oleh agensi kerajaan dan sektor swasta termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Kementerian Pertahanan, Pejabat Peguam Negara, Autoriti Monetari Brunei Darussalam, Penerbangan Diraja Brunei, Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Brunei.

Attachments