Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

UKUR JUARAI KEJOHANAN BADMINTON KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 2019

with ybs_badminton2019.JPG

Sesi bergambar ramai bersama Yang Berhormat Menteri Pembangunan di Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya bagi tahun 2019

27 Oktober 2019, Ahad, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah menjuarai Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya bagi tahun 2019 setelah menewaskan Perkhidmatan Air di Perlawanan Akhir Kejohanan tersebut. Kejohanan Badminton pada tahun ini dianjurkan oleh Jabatan Ukur dan telah diadakan pada 14 Oktober 2019 sehingga 27 Oktober 2019 di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada peringkat akhir Kejohanan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. Turut hadir di peringkat akhir Kejohanan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap serta Ketua-ketua Jabatan-Jabatan di Bawah Kementerian Pembangunan. 

ukur_dws_2019.JPGfinal score badminton2019.JPG

Gambar Kiri: Pasukan Jabatan Ukur dan Pasukan Jabatan Perkhidmatan Air. Gambar Kanan: Keputusan Perlawanan 

Tujuan Kejohanan diadakan adalah untuk menggalakkan pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya untuk bergiat cergas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan dan juga untuk meningkatkan persafahaman dan kerjasama secara berpasukan (Team Work). Kejohanan ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama Kementerian Pembangunan Dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya.

ajk_player2019.JPG

Sesi bergambar ramai bersama Pmk Juruukur Agung,  para pemain dan ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dalam Kejohanan  Badminton Kementerian Pembangunan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya bagi tahun 2019

Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments