Bandar Seri Begawan, 25 Disember 2019 - Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada esok, 26 Disember 2019 bermula jam 12.04 tengahari selama 3 jam 38 minit.
Fenomena Gerhana Matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dengan matahari sehingga bulan akan menutupi matahari samaada sepenuhnya, separa, cincin atau anulus.
Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan akan membuat aktiviti cerapan gerhana matahari separa di beberapa lokasi seperti:
Daerah Brunei Muara: Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan
Daerah Tutong: Tatangan Persiaran Sungai Tutong
Daerah Belait: Menara Cendera Kenangan, Kuala Belait
Jabatan Ukur juga mengingatkan kepada orang ramai yang ingin menyaksikan fenomena berkenaan hendaklah mengikuti langkah-langkah keselamatan seperti menggunakan peralatan yang mempunyai penapis matahari.
Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur