Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN UKUR SERTAI DEVELOPMENT RUN 2020

posterdevrun.jpg

​Bandar Seri Begawan, 16 Februari 2020 - Jabatan Ukur telah menyertai Acara Development Run 2020 di Taman Mahkota Jubli Emas pada hari ini. Acara berkenaan dikelolakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa bersempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019. 

devrun3.jpg

Antara Pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur yang mengikuti acara berkenaan

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi acara larian ini adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. Turut hadir adalah Yang Mulia Dato Seri Peduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan serta Setiausaha-Setiausaha,Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, ketua-ketua jabatan serta para pegawai dan kakitangan di Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan. 

Tujuan utama acara ini diadakan adalah untuk untuk menjadikan ianya salah satu platform di dalam mewujudkan kolaborasi One Nation Approach di dalam menjana kehidupan sihat dan seimbang melalui persekitaran kemajuan yang kondusif, teratur dan berperancangan. 

devrun2.jpg devrun4.jpg

Antara pemberigaan perkhidmatan Jabatan Ukur yang dipamerkan semasa di acara berkenaan.

Selain dari larian, aktiviti sampingan seperti pameran, interactive games dan kuiz juga diadakan oleh beberapa Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan iaitu Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Jabatan Ukur, Jabatan Tanah, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, serta Jabatan Perkhidmatan Air, JKR.


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Sumber Artikel: News Town and Country Planning 

Attachments