Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

KENYATAAN MEDIA MENGENAI SYARIKAT YANG BUKAN JURUUKUR TANAH BERLESEN YANG BERDAFTAR

Kenyataan Media_Isu TularSyawal1439.png


02 Jun 2020, Selasa, Bandar Seri Begawan – Jabatan Ukur ingin memaklumkan  orang ramai mengenai sebuah syarikat di laman Facebook yang mana telah menawarkan perkhidmatan pengukuran seperti pencarian batu sempadan dan pembuatan plot bagi pemecahan tanah adalah TIDAK TERMASUK  dalam senarai syarikat yang dibenarkan oleh pihak Kerajaan untuk menjalankan perkhidmatan pengukuran. 

Orang ramai bolehlah melihat senarai nama-nama Syarikat Juruukur Tanah Berlesen di laman sesawang rasmi Jabatan Ukur di http://www.mod.gov.bn/survey/maklumat/juruukur-tanah-berlesen-yang-berdaftar.

Adalah diingatkan bahawa hanya Juruukur-Juruukur Tanah Berlesen yang diberi kuasa untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran di bawah Bab 2, Akta Juruukur Tanah Berlesen, Penggal 100.

Ianya juga menjadi kesalahan bagi mana-mana syarikat yang bukan berdaftar sebagai Juruukur Tanah Berlesen atau Juruukur Kerajaan, memperakui ketepatan mana-mana title survey atau menandatangan atau initial sebarang pelan ukur, atau bukan menjadi pihak yang bertindak di bawah arahan dan pengawasan Juruukur Tanah Berlesen, melakukan apa-apa kerja yang berkaitan dengan title survey di bawah Bab 14, Akta Juruukur Tanah Berlesen, Penggal 100. Bagi setiap kesalahan, denda sebanyak $5,000 akan dikenakan dan denda sebanyak $50.00 setiap hari semasa berlakunya kesalahan tersebut.

Untuk makluman lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi Jabatan Ukur di http://www.mod.gov.bn/survey/Theme/Home.aspx atau menghubungi di talian 2382171 atau emel ke info@survey.gov.bn


Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur 

Attachments