Bandar Seri Begawan, 29 Ogos 2020 - Sebagai salah satu Program Bersama-sama Kitani Sihat, tiga Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan iaitu Jabatan Ukur, Jabatan Tanah dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah menganjurkan satu aktiviti Brisk Walk, pada hari ini.
Aktiviti Briskwalk berkenaan bermula pada 5 petang bermula di Lobby Bangunan 3 Jabatan melintasi Kampong Pengkalan Gadong, Jalan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar dan berakhir ke Lobi Bangunan 3 Jabatan tersebut. Ianya disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan dari ketiga-tiga jabatan berkenaan.
Turut menyertai aktiviti berkenaan ialah Pemangku Juruukur Agung (Dyg Nor Zetty Akhtar binti Hj Abd Hamid), Pemangku Pesuruhjaya Tanah (Haji Yunaidi bin Haji Yunus) dan Pemangku Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa (Dyg Marsita binti Omar).
Objektif aktiviti ini ialah bertujuan untuk mengamalkan kehidupan sihat serta mengeratkan lagi silaturrahim antara pegawai dan kakitangan ketiga-tiga jabatan.