Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA JABATAN UKUR, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN PIHAK BERKUASA MARITIM DAN PELABUHAN BRUNEI DARUSSALAM (MPABD)

ukur171220-01.png

Acara Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Pihak Berkuasa Maritim Dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) telah diadakan pada hari ini, 16 Disember 2020 di Bilik Hidayat, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan. 

ukur171220-02.png

Menandatangani bagi mewakili pihak Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan ialah Juruukur Agung, Awang Haji Arefin bin Haji Jaya manakala menandatangani bagi wakil MPABD ialah Pemangku Ketua Eksekutif MPABD, Kapten Basza Alexzandar bin Haji Basri. Hadir selaku saksi majlis penandatangan memorandum persefahaman tersebut ialah Dayang Hajah Roseidah binti Haji Kamis, Pemangku Timbalan Juruukur Agung dan Awang Helmi bin Haji Talib, Penguasa Pelabuhan Kanan MPABD. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah para pegawai kanan dari Jabatan Ukur dan MPABD.

Memorandum Persefahaman ini merupakan salah satu titik tolak bagi merapatkan hubungan kerjasama di antara Jabatan Ukur dan MPABD dan ianya bertujuan untuk memudahkan pengemaskinian maklumat air pasang surut, serta Carta Navigasi Brunei, Carta Navigasi Elektronik (ENC) dan juga lain-lain carta yang berkaitan dengan Brunei Darussalam mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh International Hydrographic Organization (IHO). Melalui memorandum persefahaman ini juga, kedua belah pihak akan berkongsi maklumat dan sumber yang ada bagi mengemaskini Carta Navigasi Brunei dan ENC.

ukur171220-04.pngukur171220-03.png

Sesi bergambar ramai bersama Juruukur Agung dan Pemangku Ketua Eksekutif MPABD serta para pegawai kanan yang hadir.


Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments