Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAKLUMAN KERJA-KERJA BAGI PROJEK “AERIAL PHOTOGRAPHY, AIRBORNE LIDAR ACQUISITION AND GEOSPATIAL MAPPING OF BRUNEI DARUSSALAM”

HELI-3.jpeg

21 Jun 2022, Selasa - Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kerja-kerja bagi projek "Aerial Photography, Airborne LiDAR Acquisition and Geospatial Mapping of Brunei Darussalam" telah bermula pada hari Sabtu, 2 April 2022.

Projek penggambaran udara ini merupakan salah satu projek yang telah dibenarkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-11 (RKN-11).  Kontraktor yang dilantik ialah Syarikat Juruukur Fadly dan projek ini dijangka akan siap dalam tempoh 18 bulan. Projek ini akan menghasilkan gambar udara dan data Light Detection and Ranging (LiDAR) bagi seluruh Negara Brunei Darussalam. Data yang diperolehi akan digunakan untuk mengemaskini peta dan maklumat geospatial Negara Brunei Darussalam selain daripada memenuhi permintaan dan membantu agensi Kerajaan dan swasta di dalam perancangan pembangunan Negara dan pengurusan bencana.

Untuk makluman orang ramai, kerja-kerja tersebut akan menggunakan helikopter model Bell 206 B-3 Jet Ranger yang berdaftar dari Sabah, Malaysia. Helikopter tersebut akan dijadualkan terbang di seluruh negara bagi mendapatkan maklumat geospatial yang terkini.  Jabatan juga ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah keselamatan telah diambil kira untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai dijaga.

Jabatan Ukur ingin memohon maaf atas perkara ini dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama, kefahaman dan kesabaran daripada orang ramai. Sebarang pertanyaan lanjut dan aduan mengenai perkara ini bolehlah disalurkan melalui email Kerajaan Jabatan Ukur iaitu info@survey.gov.bn.

Rujukan: [69] dlm.SS/1223/1

Attachments