Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA KELOLAAN JABATAN UKUR BAGI TAHUN 1443H / 2022M

KORBAN2022_1.JPG

​Berakas, 12 Julai 2022 - Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 1443H / 2022M pada hari ini, 12 Julai 2022 telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Kementerian Pembangunan Dan Jabatan-Jabatan di bawahnya Bagi Tahun 1443H / 2022M di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Kemahiran dan Latihan Kementerian Pembangunan. Pada tahun ini, majlis berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Ukur.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

Turut hadir ialah Yang Mulia, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin Bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan Dan Profesional); Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-ketua Jabatan; para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

Pada majlis tersebut, sebanyak empat (04) ekor kerbau telah dikorbankan disertai oleh 20 orang peserta, yang seterusnya diagih-agihkan kepada 69 penerima yang berhak terdiri daripada kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan – Jabatan di bawahnya. 

KORBAN2022_3.JPG

Acara majlis tersebut turut diserikan dengan ceramah khas bertajuk 'Taqarrub Melalui Ibadah Korban' yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Yang Mulia Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama.

Majlis Ibadah Korban ini diadakan setiap tahun sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah Subhanahu Wata'ala, di samping itu juga untuk memupuk nilai persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya dan ukhuwah Islamiah dengan saling membantu antara satu sama lain. 

Attachments