Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN UKUR JUARAI KEJOHANAN BOLASEPAK 11 ORANG SEPASUKAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA TAHUN 2021

bola_2022_1.jpg

16 Ogos 2022, Selasa, BERAKAS – Pasukan Jabatan Ukur muncul juara pada Kejohanan Bolasepak 11 Orang Sepasukan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya Kelolaan Jabatan Ukur bagi tahun 2021 setelah menewaskan pasukan gabungan Pejabat Ketua Pengarah dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya (DG DAF) dengan keputusan 1 – 0. 

Perlawanan berlangsung malam tadi di Padang Kompleks Sukan Berakas, di sini. 

bola_2022_3.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah dan piala ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Professional), Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria. 

 bola_2022_4.jpg

Turut menerima Anugerah Penjaring Terbanyak bagi Kejohanan tersebut ialah Abg Nor Sillmy bin Abg Hj Taha dari Jabatan Ukur dengan menjaring 8 gol di sepanjang perlawanan di kejohanan berkenaan. 

Juga hadir ke menyaksikan perlawanan akhir berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.Turut diundang juga ialah Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (FABD), Yang Mulia Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan.

Terdahulu, perlawanan akhir bagi Kejohanan Bolasepak 11 Orang Sepasukan Kementerian Pembangunan bagi tahun 2021 telah ditangguhkan disebabkan penularan gelombang kedua wabak COVID-19. 


Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur 

Foto: JK Media Kejohanan Bolasepak 

Attachments