Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

UKUR A JUARAI KEJOHANAN BOLA JARING KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA

netball2022_4.jpg

16 Oktober 2022, Tungku Link - Pasukan bola jaring Ukur 'A' muncul juara selepas masuk ke pusingan akhir menentang pasukan bola jaring JASTRE pada hari ini di Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya. Manakala Pasukan Jabatan Ukur 'B' mendapat tempat ketiga selepas tewas kepada Pasukan JASTRE di pusingan separuh akhir. 

Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya pada kali ini dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam. Hadir selaku tetamu kehormat kejohanan ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak. 

netball2022_6.jpg netball2022_3.jpg




Attachments