Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

KUMPULAN FIT FOR PURPOSE JUARAI ANUGERAH INOVASI PERDANA 2022

AIP dan 3PSA 2022.jpg

Bandar Seri Begawan, 19 November 2022 - Kumpulan Fit For Purpose dari Pejabat Ukur Tutong telah menjuarai Anugerah Inovasi Perdana. Projek yang dibentangkan oleh kumpulan berkenaan bertajuk 'Projek Penyelidikan Pengukuran Metodologi Fit For Purpose bagi Negara Brunei Darussalam.' Kumpulan Fit For Purpose diketuai oleh Juruukur Daerah Tutong, Awang Abdul Khaliq bin Bujang; Ketua Juruteknik Ukur, Awang Johan bin Zinin; Juruteknik Ukur Kanan, Awang Haji Zulkapali bin Hj Kechik; Awang Sia Kok Ann, Juruteknik Ukur; Hj Muhammad Subhi Abdillah bin Hj Bakir, Juruteknik Ukur; Muhd Adam Qarwi @ Duke bin Abdullah Nikal, Juruteknik Ukur; Siti Nur Munirah binti Wahit, Juruteknik Ukur.

​Penyampaian anugerah ​berkenaan diadakan di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri di sini. 

Selain itu juga, Jabatan Ukur turut menerima sijil pengiktirafan di tahap Baik bagi Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) melalui Penarafan Bintang Sempena Hari Perkhidmatan Awam ke - 29 tahun. 

Attachments