Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN UKUR DAN BRUNEI INSTITUSI GEOMATIK MENYAMBUT ‘HARI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI’ (GIS DAY)

gis day 22_grp.jpg

Bandar Seri Begawan, 20 November 202 — Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Institusi Geomatik Brunei (B.I.G) hari ini telah menyambut Hari Sistem Maklumat Geografi (GIS) Sedunia. Sambutan berkenaan telah diadakan di Bandarku Ceria bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan bertemakan ‘Explore the Unseen with GIS’. Sambutan Hari GIS pada tahun ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan inovasi aplikasi teknologi sistem maklumat geografi (GIS) dalam penggunaan data geospatial dan Geomatik. 

gis day 22_sut.jpg

Hadir selaku Tetamu Kehormat, Yang Mulia Dr Nor Imtihan binti. Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar). 

gis day 22_aldila.jpg

Turut hadir meraikan sambutan Hari GIS Sedunia ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Yang Mulia Puan Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Ukur dan ahli-ahli B.I.G. 

Turut menghadiri sambutan berkenaan ialah Presiden Institusi Geomatik Brunei (B.I.G), Yang Mulia Haij Ali Bakar bin Haji Kasim.


gis day 22_ppl.jpg gis day 22_front.jpg

gis day 22_big.jpg

Pelbagai Aktiviti, permainan dan pameran diadakan untuk para pengunjung seperti Cerapan Matahari, pameran instrumen, Permainan Chipping Planets, Guess the Distance, Ping the Depth, Match it Up, Guess N Win, Places in NBD dan puzzles. Sambutan GIS Day tahun ini juga memberigakan Aplikasi mudah alih Geoportal Ukur dan Penggunaan Penomboran Rumah dan simpang serta pengesahan alamat. Aplikasi Dalam Talian iaitu Sistem Peta Mukim dan Kampong dan Sistem Hala Kiblat juga turut dipamerkan. 

Sambutan Hari GIS sedunia diadakan setiap tahun pada bulan November dan pada tahun ini Hari GIS jatuh pada 16 November 2022. Pada tahun ini Jabatan Ukur, Institusi Geomatik Brunei (B.I.G.) dan organisasi-organisasi di seluruh dunia turut serta menganjurkan perhimpunan secara bersemuka, atau secara maya dalam meraikan bidang professional GIS. Ianya juga berfungsi dalam menyemarakkan imaginasi para inovator masa depan yang bertanggungjawab dalam memajukan pembangunan secara global menggunakan teknologi GIS. 

Sambutan Hari GIS Sedunia ini memberi peluang untuk para profesional GIS di seluruh dunia untuk berkongsi maklumat melalui penggunaan teknologi GIS untuk mengambil pendekatan geografi dalam menangani cabaran seperti pandemik COVID-19 dan perubahan iklim. 

Sumber:

Siaran Akhbar Jabatan Ukur (ruj: [84] dlm.SS/1223/1)

Jawatankuasa Media GIS Day 2022​

Attachments