Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS PERTANDINGAN AKHIR DIKIR SYARAFIL AN'NAM SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1440H/2018M

dikir_2018_mod.jpg

Pasukan Dikir Lelaki Jabatan Ukur yang meraih gelaran Juara bagi Pertandingan Akhir Dikir Syarafil An'Nam Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya

29 November 2018, Bandar Seri Begawan - Jabatan Ukur muncul Juara bagi Majlis Pertandingan Akhir Dikir Syarafil An'Nam Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun 1440H/2018M bagi Kategori Peserta Lelaki dan Kategori Peserta Wanita.

dikir_mod2018_ladies.jpg

Pasukan Dikir Wanita Jabatan Ukur turut meraih Juara bagi Pasukan Dikir Lelaki Jabatan Ukur yang meraih gelaran Juara bagi Pertandingan Akhir Dikir Syarafil An'Nam Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya

Pertandingan Akhir berkenaan dikelolakan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan dan diadakan di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

Turut hadir ke Majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha-setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Divisyen, para pegawai dan kakitangan wakil dari setiap Jabatan.

Sumber Foto: Facebook Jabatan Ukur

Attachments